CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 6, 2011

love me for a reason and let the reason be love

Seringkali bila kita menyayangi seseorang, ia turut diiringi perasaan ingin disayangi olehnya sebagaimana kita menyayanginya atau lebih. Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa walau bagaimana dalam sekalipun rasa sayang kita terhadap seseorang, sebagai manusia biasa adalah sesuatu yang sangat sukar untuk meneka jika mereka juga menyayangi kita. Ini sering membuatkan aku rage.

Itu belum lagi bercakap tentang fasa percintaan itu sendiri. Di awal musim romantis, setiap hari paling kurang 10 SMS. Pagi – Good Morning, Breakfast, Tengahari – Lunch, Malam – Dinner, Goodnite, Sleep well dan begitu lah hari-hari seterusnya selama setahun. Setiap SMS pasti dibalas. Masuk tahun kedua hanya tinggal Tengahari – Lunch, Everything ok? Dan Malam – Goodnite. Masuk tahun kedua, ada SMS berbentuk ‘pertanyaan’ tidak berjawab sehinggalah soalan yang sama diulang dengan susunan ayat yang lain. Sehari SMS down to 3 ala kadar sahaja. Ini juga membuatkan aku rage.

Tarikh-tarikh penting adalah sangat istimewa bagi perempuan. Contohnya, Birthday dan Anniversary of 1st time declare as a couple. Lelaki pula, secara alaminya sering lupa hari-hari yang istimewa ini. Tahun pertama as couple, ucapan Happy Birthday darinya datang pada pukul 10 malam di penghujung hari. Aku sangat rage pada hari itu. Turns out, someone else meraikan Birthday yang sama dengan aku, his course mate at that teacher’s college. Seiring dengan kejujurannya, ucapan Happy Birthday diiringi dengan pernyataan minta maaf sebab agak lupa. Aku boleh terima kalau lupa Birthday aku di tahun kedua or ketiga percintaan, but tahun pertama sudah lupa, ini sungguh WTFBBQ! Tapi akhirnya I found out, dia memang seorang pelupa. Lupa dompet, lupa kunci kereta .. tipikal seorang lelaki. Jangan lupa nama aku sudah lah.

Setahun bercinta, masalah ex-girlfriend muncul (erks .. awalnya). Masalah muncul dengan cara yang WTF, but sebagai seorang yang cool, aku cuba untuk menenteramkan jiwa yang kacau. Dan sejak itu sebagai seorang perempuan yang telah hilang kepercayaan terhadap kekasih hati, isu tentang insiden ex-girlfriend selalu diungkit walaupun ketika itu isu yang berbangkit adalah isu melanggar seekor anjing. Aku marah sebab anjing adalah antara binatang yang comel.

Masalah ex-girlfriend tu pula tak pernah habis. Ex-girlfriend nak dia balik, tapi dia sudah terikat hati dengan aku. Aku pula hangin bila tau the ex menggunakan segala macam cara nak jumpa dia termasuk lah hal-hal yang berkaitan dengan harta benda yang dikongsi bersama semasa bercinta. Dan akhirnya, aku dapat tahu mereka bertemu juga a few times, semuanya atas alasan ‘hanya kawan’. Setiap kali aku rage dan mengungkit hal ini, setiap kali itu juga dia dengan sabarnya mengatakan dia sayang aku dan the ex hanya tinggal kawan. Bullshit! Aku sangat rage dengan hal-hal yang berkaitan dengan kepercayaan. Apalagi bila relationship jenis long-distance ini. Aku juga sangat tak suka bila aku yang perlu membuat keputusan untuk seorang lelaki. A man was created to protect and lead a woman or so I thought.

Tapi bila aku balik bertemu mata sama mata dengannya, I am so surprise that he is so in love with me. Tidak perlu berkata romantis, cinta dan sayang kepada diri ini cukup jelas di matanya. Kejujuran jelas terbayang di setiap bait katanya yang hanya sepatah dua. Aku kah yang paranoia tidak ingin ditipu lagi? Dia tidak membuat keputusan kerana ingin memberi aku pilihan, I forgot the days when I don’t have choices at all. The most surprising thing about him is kesabaran tahap ultraman gaia dalam dirinya. Even when I throwing tantrum in front of him, he never loses his cool, never raised his voice, still looking calmly at me. I have never met his parent, but whoever they are I must praised their raising skill; you got in your family a godlike child with the most serene smile I’ve ever seen.

Dan entah sihir apa yang diguna, tetapi when he said ‘I love you and you are the only one. Others are just friend’ without looking directly at me. I believe him. Ianya sama seperti bila kita jawab ‘aku takde duit la’ bila seorang kenalan rapat ajak masuk MLM dengan modal RM10, 000. Aku percaya, sebab kalau aku ada duit RM10k, tak mungkin aku invest masuk MLM.LMAO!

Sememangnya kita tidak dapat meneka sedalam mana cinta seseorang kepada kita. Kita cuma perlu mempercayai cinta itu wujud dan melakukan yang terbaik untuknya, jangan meragui kesetiaan, tak kisah apa pun yang terjadi selepas itu, kita tak perlu menyesal kerana kita telah pun melakukan yang terbaik dan termampu. Sesungguhnya kita semua adalah manusia dan bukannya mahkluk asing.

Seperti kata pujangga ‘when we do something because of love, no matter what the outcome, you can never call it a mistake’ ok, akulah pujangga itu. Ini bukan kisah cinta seperti dalam drama korea, perempuan berkelakuan comel dan berpakaian pelik bercinta dengan lelaki dari golongan berada yang berpakaian skema berlatarbelakangkan musim dingin dan semestinya salji sedang turun.

Apa-apa pun, Selamat Hari Ulangtahun buatmu. Even if you marry someone else, you are still the greatest gift of life ever gave to me. Tuhan telah menciptakan senyumanmu untuk menghilangkan stress aku. Maaf kerana aku juga tipikal perempuan. LOL.

2 Minds has comment:

Cik Pea said...

owh~ so sweeeeeeet... tp yg paling penting.... sabar perlu ada babe... ;')

Anonymous said...

eh? u comment on my Bday la. Hehehe. Sweet kan.. I admit, I miss him.